15 Jun 2011

UBAT HOMEOPATHY DIPERBUAT DARIPADA APA?

Perubatan homeopathy bukanlah perubatan tradisional atau herba akar kayu tetapi ia adalah berasaskan kajian saintifik dan moden. Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada enam sumber, iaitu:

1. Dari sumber tumbuhan:

Lebih kurang 60% ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Beberapa bahagian dari tumbuhan diambil untuk dijadikan remedi homeopathy seperti bahagian daun, akar, buah, bunga ataupun merangkumi keseluruhan sebatang pokok. Berbagai jenis pokok digunakan samada yang beracun maupun yang boleh dimakan. Antaranya yang popular ialah seperti pokok Black Snake Root(Cimicifuga), cendawan Agaricus(Agaricus Muscarius), kaktus(Cactus Grandiflorus) dan Arbo Vitae(Thuja Occindentalis).

2. Dari sumber binatang:

Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular Surukuku, bisa lebah Spanish Fly, bisa labah-labah Black Widow,dakwat sotong katak(Sepia), kulit tiram, sperma ikan paus(Ambra Grisea), racun katak(Bufo Rana) dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi.

3. Dari sumber mineral dan logam:

Kira-kira 20% dari keseluruhan ubat homeopathy di perbuat dari bahan ini termasuk garam makan(Natrium Muriaticum), emas(Aurum Metalicum), timah hitam(Plumbum), belerang(Sulphur), pasir(Silicea), acid nitric, garam potassium dan banyak lagi.

4. Dari tisu penyakit:

Sesetengah remedi homeopathy dibuat dari bahan-bahan berpenyakit seperti tisu atau lelehan/cairan yang mengandungi bakteria, virus dan lain-lain hidupan seni(micro organisms). Antaranya seperti nanah gonorrhea(Medorrhinum), kahak TB(Tubercullinum), kuman cacar(Variolinum), kuman anthrax(Anthracinum) dan lain-lain lagi. Homeopathy telah lama menggunakan bahan-bahan ini sebelum perubatan konvensional menggunakannya sebagai ubat. Remedi ini dikategorikan sebagai 'nosode'.

5. Dari hormon dan tisu yang sihat:

Terdapat juga remedi homeopathy yang dibuat dari tisu atau hormon manusia yang sihat. Contohnya dari tisu thyroid(Thyroidinum), hormon insulin(Insulinum) dan tisu adrenal(Adrenaline). Remedi ini dikategorikan sebagai 'sarcode'.

6. Dari bahan sinaran dan medan:

Dalam homeopathy bahan-bahan seperti sinaran x-ray, medan elektrik, medan magnet, malah radiasi nuklear juga dijadikan remedi dengan menggunakan kaedah tertentu.


1 ulasan: