Satu bahagian (0.1 mg) penyediaan 1c itu kemudiannya dicampur pula dengan 99 bahagian (9.9 mg) pengangkut dan proses potentization ini diulangi lagi untuk menyediakan potensi 2c. Proses ini diteruskan berulangkali sehingga potensi yang dikehendaki dicapai. Ubat homeopati boleh didapati dalam potensi tertentu yang standard seperti 6c, 12c, 30c, 100c, 200c, 1000c, 10K, dan 50K.
Terdapat banyak syarikat multi nasional yang menjadi pengeluar dan pengedar ubat-ubat homeopathy di seluruh dunia. Antaranya yang terkenal dengan hasil jualan bernilai jutaan dolar setiap tahun ialah syarikat Boiron Homeo Pharmaceutical dari Perancis, Nelson, Waleda dan Ainsworth dari United Kingdom, Dr Reckweg dan Wilmar Schwabe dari Jerman, Loacker Remedia dari Itali, DHU Iberica dari Sepanyol, Omida AG dari Swiss, Masood Homeopahic Store and Hospital dari Pakistan, SBL Global, Bahola Laboratories, BJAIN Pharmaceutical dari India dan banyak lagi.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam